Monday, December 16, 2013

Dia.. Ibuku.


Setiap kali aku gembira.. pasti aku ingat dia
Setiap kali aku berduka.. aku ingat dia
Setiap kali cuti sekolah.. aku akan ingat dia, kemana untuk dibawa
Setiap kali ada apa jua cerita jenaka pasti akan ku ceritakan padanya..
Setiap kali adaa karenah anak anak seringkali dikongsi bersama.

Selalu teringat.. balik dari keje akan dok lepak sama sama.. berborak, ada masa aku belikan goreng pisang untuk makan bersama. Tetapi, sejak akhir akhir kesihatan dia merosot, dia tak lalu makan.. aku hanya dapat lihat dia bermuram, termenung dan seolah- olah mengenangkan keadaan dirinya.

Aku menjadi sedih, setiap segala kesusahan kehidupan yang beliau lalui.. akhirnya beliau pergi sebegitu. Seringkali aku mempersoalkan.. kenapa, kenapa.. bukan kah sepatutnya, susah dulu baru senang kemudian, bukan kah.. berduka dulu dan gembira kemudian, bukan kah? Dan, seringkali itu jua aku tenangkan diri aku.. bahwa akal kita tidak akan dapat menjangkau ketentuan Dia, untuk hambanya.. At least la, dia pergi dengan kehadiran suami disisi.. suami yang amat dia cintai dan tiada dua tau tiga, tetapi.. lelaki itu meninggalkan setelah hampir 30 tahun hidup bersama.. menempuhi segala susah payah membesarkan 6 orang anak anaknya..

Dia pergi dengan menanggung sakit..
Dia pergi dengan tiada suami disisi..
Dia pergi dengan hati yang luka ditinggalkan..
Dia pergi dengan hati yang kecewa..
Dia pergi dengan menyimpan segala sengsara.. dibuang keluarga
Dia pergi dengan menyimpan rasa duka anak derhaka..
Dia pergi dengan menyimpan rasa dicerca adik beradiknya..
Dia pergi dengan tanpa sempat ke Mekah.. (dimana aku sempat mendaftarkan namanya pada awal tahun pemergiannya)

Dan,
Dia tahu dia pasti akan pergi dengan meninggalkan segalanya..
Akhirnya, dia pergi dengan redha..
Segala yang telah ditentukan untuknya selama hampir 60 tahun hayatnya..

Kami, aku, salwa, nuar.. sedaya upaya cuba untuk mengembirakan hatinya.. seorang ibu, sebatang kara. Hidupnya dulu dibuang ibunya.. Hidupnya dulu dicaci oleh adik beradiknya.. Hidupnya dulu TERPAKSA menyerahkan anaknya kerana SAYANG pada kakaknya.. (cuba korang rasa bagaimana terpaksa menyerahkan anak kepada orang lain walau orang lain itu kakak sendiri, lepas tu kakak tu yang tak sedar diri.. menyebar fitnah yang adiknya kembali merampas anak yang dipinjamkan.. salahkah seorang ibu menjengah anaknya? Aku takkan maafkan.. harap kau terima balasannya di kubur dan akhirat kelak).
Kami cuba sedaya upaya.. mungkin, tidak memadai.. mungkin kami gagal menyatukan mereka kembali, kami gagal.. tapi siapalah kami, nasihat anak yang tak dipeduli oleh ayah sendiri..

Ayah, yang lupa segala bakti.. ibu kami.
Ayah, yang sering pentingkan diri..
Ayah, yang sering pikir dia jer yang betul..

Tapi, yang pasti.. Ibu ku kini telah tiada, kasih sayangnya tak berbelah bagi walaupun ada anaknya yang melupakan dirinya... yang telah mengandung 9 bulan lamanya dan terpaksa menempuh sakitnya semasa melahirkan.. enam enam orang anak anaknya.. tiada dapat dibeli dengan duit!

Ibu ku yang telah pergi pada petang hari khamis.. 4 oktober 2012, senjanya.. dibasahi hujan rintik.. dan tika itu aku tengah berpantang anak ke 5 pada hari ke 25.. baru 4 hari aku menemaninya.. sempat masak bersama.. sempat berborak bersama.. seringkali dia ajukan perkataan yang sama.. "Mak dah nak mati ke, yeos?" Aku seringkali cakap.. belum lagi mak, mak kan kuat.. maybe ambil masa sikit nak baik.. Mak sabar la. Aku sempat mendodoi kan dia tido waktu petang itu kerana dia takut, dia mahu rasa ada orang disisinya.. Aku lihat nafasnya sudah reda.. selalu agak berat serta sukar untuk dia bernafas kerana kanser di dadanya.. Aku lihat dia makin tenang.. nafasnya perlahan.. Aku kejutkan adik aku, si nuar yang sama sama.. rehat disisinya.. Aku  kata.. Tengok, mak dah tido.. tenang jer.. Tetiba dia rasa tak sedap hati.. cuba kejutkan mak.. xdapat.. mak tak nak bukak matanya.. selalunya bila adik nih panggil mesti dia bukak mata.. Panic aku.. aku tak tahu, itu saat saat akhirnya.. aku telefon talian kecemasan dan adik cuba kejutkan lagi, tak bangun.. matanya pejam.. nafasnya lemah.. kami tak mahu mak pergi lagi.. lepas tu, nasib baik bibik sebelah ada.. disuruhnya ajar mengucap.. adik dengar bibirnya menyebut Allah.. Allah.. Kami alihkan mak kebawah.. aku buat CPR dengan mengikuti arahan dalam telefon, air mata tak berhenti henti time tu turun menitik atas tubuh mak.. bila jiran kata dah tak de.. aku berhenti, aku telefon adik beradik yang lain.. kata mak dah tak de.. time tu hubby baru balik dari jemput anak anak balik dr sekolah. Bila ayahnya cakap neneknya dah tak der.. menangis laa si kembar tu.. Aku rasa macam tak percaya jer mak dah takde.. aku lihat tubuhnya terbujur kaku diruang tamu.. aku jadi buntu.. salwa balik bertanya aku.. apa terjadi.. aku cakap.. aku tak dapat hubungi gani, adik ku yang bongsu.. Aku lupa bayi ku disisi.. aku lupa akan diriku..  tika itu.  Aku merasa kehilangan.

Hari ini mood aku nak keje takde.. mood aku, sedeh.. aku rindukan mak.. semoga beliau tenang dalam persemadian.. dan dirahmati Allah s.w.t, diampuni segala dosanya dan diselamatkan dari seksaan azab kubur dan seksa api neraka... Ya Allah, masukan beliau ke dalam syurga mu tanpa di hisab. amin.

No comments:

Post a Comment