Orang selalu lupa.. duit bukan segala tetapi duit adalah utama..
Semua sibuk pasal kenaikan harga barang.. semua terasa, tapi yang paling terasa golongan pertengahan dan ke bawah. Namun, aku masih lagi lihat orang keluar pergi bercuti sana sini.. orang pergi makan sana sini.. semuanya hebat hebat belaka.. Nak kata kaya, kereta MYVI juga.. kereta Toyota juga..
Kita sebenarnya masih mampu.. kita perlu berusaha lebih kuat sedikit. Kata orang, tak susah mahu senang.. tapi mahu susah amat senang.. So, mana tak perlu.. kita kurangkan.. anak anak pun sekarang kita terlebih didik dengan kemewahan.. actually, tak mewah mana pun kita rasa begitu.. tapi pada pandangan orang luar ianya nampak mewah.. Aku, memang kalau boleh masak dan makan kat rumah ajer cuma sekali sekala jer ajak hubby bawa makan luar maybe sekali sebulan.. even KFC pun tunggu harijadi sesiapa dalam keluarga or bila tiba rasa teringin. Memang jimat.
Kita kalau ingin berkat dalam kehidupan.. jangan selfish! Dugaan paling besar adalah bila kita menderma bila kita ada wang lebih dan lebih besar dugaan bila kita menderma ketika kita tiada apa apa.. Kita tak nampak, disitu Allah s.w.t nak uji kita.. Wang hasil dari outstation aku bulan lepas baru aku dapat, hati dah nak mewahkan anak dara aku yang sorang tu.. tapi aku cepat cepat istighfar.. dan terus aku sumbang lebih dari kebiasaan aku ke tabung masjid. Sebab itu saje laa keberkatan yang dapat aku perolehi. Moga aku dimurahkan rezeki lagi olehNya.
Aku bukan nak bercerita tentang amalan aku.. cuma aku nak kongsikan bahawa kita takkan rugi apa apa membelanjakan di jalan yang redhai Allah s.w.t. Menderma adalah suatu amalan yang mulia. Kena ingat, duit bukan laa segala galanya walaupun ianya kita paling utama yang diperlukan dalam kehidupan tetapi.. jangan lupa, segalanya baik duit itu pun adalah rezeki datangnya dari Allah s.w.t.
Walaupun poket ada RM10.00 dan dalam bank ada RM30.00, dermakan laa.. kerana kita tak tahu, rezeki Allah s.w.t nak beri dengan RM30 di dalam bank kita tu.. maybe kita di panjangkan umur, maybe kita dipermudahkan dari segala kesukaran.. maybe kita diberi saguhati oleh ketua.. or kita mendapat rahmat dan paling tidak pun kita akan dapat adalah PAHALA. Tak nak ker?
Setengah orang takut duit akan habis.. paling mudah kita kenali orang sebegini adalah KEDEKUT. Takut pada duit.. Kenapa takut plak..bukan ke rezeki tu datang dari Allah s.w.t. Bukan dari orang sekeliling pun.. kalau kuat kipas pun kalau Allah s.w.t. tak izzin kan takkan dapat nyer naik pangkat ker bagai.. pikir pikirkan laa.. Jauh mana laa dapat pergi dengan jadi KEDEKUT nih.. Bukan nyer aku suh membazir atau boros.. aku suruh buat ikut apa dalam plan.. kalau mana rasa tak patut then buang ler.. nih plan pun tak de.. where is the guide line? Kekadang orang amik mudah buat kerja tanpa planning.. Nak gaji besar Nak rumah besar.. Nak bini kurus.. Nak buat kenduri tapi ala kadar.. tak bersungguh sungguh.. this all attitude!
Kalau kata dan nasihat dari orang lebih tua tak nak dengar.. susah laa.. jadik macam hantaran chocolate yang berterabur dan tertanggal tu.. haha.. buat malu orang jer. Itu laa nak cheap.. kan.. Nak buat sendiri tanpa bincang ngan orang lebih tua.. Bak kata orang.. kalau tak tahu buat cara tak tahu dan tanya jalan.. jangan berlagak sombong macam tahu bagai.. bila dah terlambat, menyesal tak sudah.. ambil laa ubat, orang mengata..
Sukahati kau lah labu...